Monday, February 15, 2016

Kek pisang ......so sedap

Kek pisang memang kegemaran saya. Asal ada lebih pisang je mesti nak buat kek atau pun cikodok pisang.
 
Selalunya saya gunakan loyang yang saiz empat segi tepat ni ....senang sikit. 
 
 
Susun pisang yang dah dihiris atas tu. Pisang mesti dihiris nipis jika tidak lepas dibakar ia akan mendap ke dalam kek sebab berat.
 
 

As usual ada 3 ke 4 cupcakes yang saya bakar sekali dengan loyang di atas.


Bila dah siap bakar kek ni....semua pisang yang diletak kat atas tu dah tenggelam...sebab saya terhiris tebal pisang tu..he,,he...
 

Ni hasil keratan dari cupcake yang dah siap.
 

Kek pisang ni bila makan dengan segelas teh o panas memang sedap.



I dont know why, memang saya sangat sukakan kek pisang...maybe the aroma and the taste...


KEK PISANG
Source : Azie Kitchen

Bahan
4 biji pisang emas yang dilecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telor gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar airl limau nipis
1 sudu teh esen pisang - tak letak. saya ganti dengan esen vanilla

Cara
-Panaskan oven pada suhu 185 darjah. Ikut oven masing masing...saya punya 150 darjah saja.
-Sediakan loyang yang sesuai dan sapu dengan minyak atau butter dan alsa kertas minyak/baking paper.
-Masukkan gula, telor, minyak ke dalam mixer dan putar sehingga putih selama 3 - 5 minit.
-Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
-Masukkan pisang , esen pisamg dan air limau. Saya letak esen vanilla. Gaul sebati.
-Tuang adunan dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak.
-Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek sudah masak atau belum. Jika melekat maka belum masak tambahkan sedikit masa lagi supaya kek masak.
-Setelah masak, biarkan sejuk dalam loyang dan kemudian keluarkan dan letak atas redai.


 
   

 

 

 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...