Sunday, December 6, 2015

Mee hailam...nyum...nyumm

Teringin nak makan mee hailam ni.....kalau beli selalau tak dapat rasa yang kita nak....tapi kekadang kalau masak sendiri pun rasa tu boleh lari....
  
 


Kali ni letak sotong dan sebiji telor bersama chicken ball saja...

Makan dengan cili jeruk memang sedap....


Kalau buat ni kena hati hati .....selalunya termasin.....sebab kita letak banyak jenis kicap kan....


MEE HAILAM
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
Mee 1/2 kg digoreng dengan kicap pekat sedikit
Bawang kecil 3 ulas
Bawang putih 3 ulas
sedikit udang kering
1 sudu kecil cili blend
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil minyak bijan
sotong atau udang
fishkek atau chicken ball
telor 1 biji
1/2 sudu kecil lada sulah
sayur sawi
1 sudu kecil tepung jagung
air secukupnya

Cara
- Panaskan minyak sedikit dan goreng mee , tuangkan kicap pekat. Gaul rata dan boleh angkat.
- Panaskan minyak dan tumis udang kering, bawang merah dan putih yang telah ditumbuk /blend.
- Masukkan cili blend goreng garing, letak sos tiram kicap pekat, sos tomato , sos cili dan minyak bijan. Masukkan air secukupnya. Letakkan sotong/udang, fishkek/chichken ball. Didihkan dan boleh letak sayur sawi.  Tambah garam , gula secukup rasa dan lada sulah.
- Last sekali pecah kan telor dengan api yang kecil ...dah agak agal telor keras sedikit boleh masukkan sesudu tepung jagung yang dah dicampur air. Tengoklah kalau cair tambah lagi tepung jagung tapi jangan banyak sangat nanti kuah tu terlalu pekat.
- Letak mee yang dah digoreng tadi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah tadi panas panas.
- Hidangkan bersama cili jerok atau cilipadi yang dihiris.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...