Tuesday, December 1, 2015

Kuih muih semua mahu ....

Last saturday berkesempatan balik kampung di Melaka......Sesampai saja..... pusing pusing sebab lama tak jalan jalan kat area kampung kampung ni....

Ternampak putu buluh ni kat Bandar Baru Sungai Udang, Melaka.....sedap putu ni sebab lembut dan banyak gula...satu pek 5 keping RM3.00.


Cara putu buluh ni dibuat...



Dari bandar Melaka ikut jalan lama ke Bandar Baru Sungai Udang masuk kanan kat traffic light belah kiri ada gerai ni.


Kuih keria antarabangsa Hj Jalil di Limbongan.....phew nak dapatkan ni my sis kena beratur 1 jam ....punyalah ramai orang ....tengah beratur kuih pun habis and dalam proses dibuat lagi tu yang lama beratur.....sekeping RM0.50.....keria taklah besar pun.....tapi memang sedap kuih ni...


Nangka madu ni pun kat Bandar Baru Sungai Udang ....memang manis ....satu plastik putih kecil RM5.00.



Laksa ni dijual di kedai Kuih keria antarabangsa Hj Jalil di Limbongan. Boleh tahan rasa dia. Pun selalu sold out .



Putu piring ni di Tengkera......tebal dan banyak gula....sedap....sekeping RM0.80.



Bila sekali sekala balik kampung semua kuih nak makan....hadoi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...