Monday, November 16, 2015

Wantan Mee Kicap.....sedapnya

Wantan mee ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau buat ni memang tak cukup. Berebut rebut nak makan.

 
A simple dish. Aroma wantan mee tu yang memang sedap membangkit selera kita.



Letak sup jangan banyak sangat nanti jadi mee sup pulak....agak agaklah berkuah sikit. Tabur bawang goreng lebih sikit memang best.....tapi bawang goreng tu mesti yang kita buat sendiri ya baru aromanya sedap....bau bawang goreng fresh.....cendawan tu saya guna yang kering dan rendahm dalam air panas bagi dia kembang baru dihiris dan dicelur....
 

Wantan mee yang dikacau kacau ready to eat......sedapnya. Boleh makan dengan hirisan cili padi atau cili jeruk...
 
 
 

WANTAN MEE KICAP
Source: Sweetiesaqi_kitchen
 
Bahan
2 keping mee wantan direbus , lalukan dengan air sejuk dan toskan
1 sudu kecil minyak bijan
1 susu besar minyak zaitun
1 sudu besar minyak gorengan bawang - tak letak pun tak apa
2 sudu besar kicap manis ABC
1 sudu besar kicap pekat
1sudu besar fish sos
1 sudu besar MAGGI seasoning
1/2 sudu kecil lada sulah (tak letak pun tak pa)
sayur sawi pendek direbus dan toskan
Cara
- letak semua bahan (kecuali sayur) dalam mangkuk dan kacau sebati. Masukkan wantan mee dan gaul rata sebati.
Sup
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil udang kering
2 mangkuk kecil air
fish ball/kek
cendawan shitake
Cara
-Tumis bahan yang dikisar /tumbuk(bawang putih + merah+udang kering).
-Masukkan air, medidih letak fish ball dan cendawan shitake.
-Letakkan garam, gula , secukup rasa.
Cara Hidangkan
-Letak mee wantan yang telah digaul sebati di atas pinggan. Susun sayur sawi diatasnya. Ambil cendawan dan fishball dari sup susun atas mee tadi.
-Letak daun bawang + cili padi.
-Tuangkan sup tadi tapi jangan banyak sangat.
-Last sekali taburkan bawang goreng yang dibuat sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...