Monday, June 30, 2014

RES + High Phosphate + Bone meal....good for roses...

Dapat tau pasal Epson salt ni dari group roses kat FB. Ramai yang telah mencuba dan pokok roses mereka mengeluarkan bayak tunas tunas baru dan berbunga cantik. Nama tuan punya ialah Mr Rinson....bila digabungkan tu yang jadi Rinson Epson Salt atau RES. Mr Rinson tinggal di Perak.....merata saya beli baja atau bahan untuk roses ni. Boleh add Rinson Lim kat FB kalau ada sesiapa yang berminat nak order.


Ni ialah epson salt, ianya bukan baja tapi sebagai booster atau pemangkin bagi menpercepatkan penyerapan vitamin NPK pada baja  yang  kita letak sekali pada pokok roses. Bagus diletakkan bersama dengan baja high phosphate. Seminggu lepas tu boleh letakkan bone meal dan diselang selikan seterusnya.
Cara = RES + High phosphate + baja lain yang kita nak letak. (contoh: tahi ayam+tahi kambing+baja udang)

Ni dari dekat epson salt. Lepas letak RES dengan high phosphate terus siram air. Saya guna tak banyak. Biasa kalau untuk saya 1 kg boleh letak 2 kali sebab saya ada 50 pasu roses...Selepas letak RES saya dapati pokok roses saya sangat cepat membesar dan subur.



Nilah rupa baja high phosphate......biji biji.....diletak bersama RES (rinson epson salt).



Ni Imported Bone meal (Daily cow n cattle) dari Ausrtalia. Diletakkan pada pokok roses selang 2 minggu selepas letak RES dan high phosphate.



Mr Rinson Lim ni pernah appear dalam Majalah Laman.

Sebelum menggunakan RES , high phosphate dan bonemeal......pokok roses saya tidak berdaun sangat. Togel je kan....sedih betul masa ni....Saya akan maintain menggunakan RES , high phosphate dan bonemeal kerana outcomenya sangat memberangsangkan.


Selepas menggunakan RES , high phosphate dan bonemeal barulah pokok roses saya mengeluarkan daun yang banyak . Selain tu mikrob dan kultur juga banyak membantu pertumbuhan tunas. Boleh klik SINI untuk lihat mikrob dan kultur yang djual oleh Ros Cobbage Mak Jah di FB. Bila daun roses kita cantik menghijau barulah pokok ni akan mengeluarkan bunga yang cantik dan segar. Disamping tu jangan lupa spray 3S (penyakit thrips dan red mite) dan darconil ( penyakit black spot) sebagai langkah penjagaan. Prevention is better than curing.....take care of your leaves and your roses can bloom very nice....


4 comments:

  1. Salam Kak Anne,

    Whoa! Banyak nya baja. Saya tak pernah tengok semua tu hahaha. Tapi Kak Anne suri rumah ye? Seronok lah bbercucuk tanam. Saya pulak kena tunggu hari minggu. Hari minggu tu pun belum tentu berkebun haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Honey, Roses ni kuat makan Honey....Saya bekerja.....office to home cuma 10 minutes so balik dari office terus layan roses....Saturday and sunday bonus tengok roses....Pagi sebelumgi keja sempat tengok roses jugak....he...he...

      Delete
    2. Ya Allah... rajinnya kakak ku sorang ni....! *thumbs up*

      Delete
    3. Thanks Honey......minat punya pasal...penat pun lupa....he..he...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...