Monday, June 16, 2014

Cuba cuba tanam anak Orkid .....

Anak orkid ni sebenarnya saya beli pada bulan Januari 2014  dengan harga RM10.00 saja kat pasar tani. Saya tak pernah beli anak orkid,  semua orkid saya beli mesti yang dah siap berbunga......nak senang....cepat sikit tengok bunganya. Saja nak mencuba bela orkid dari anak. Katanya dalam masa 3 bulan pokok akan besar....he....he....besar ke?


Geram tengok anak orkid ni segar betul dan menghijau....



Keluarkan dari pasu kecil untuk dimasukkan ke dalam pasu. Nama orkid ni saya dah lupa masa beli hari tu saya ingat tapi now dah lupa....


Selepas di transfer dalam pasu besar sikit ...nampak kecil pulak anak orkid ni....letak sedikit arang......selepas 3 bulan pokok masih kecil lagi dan now sudah 6 bulan masih sekecil gitu orkid ni...Kenapa ya ? Saya tahu jawapannya sebab saya kurang membaja.......tanam pokok ros dah pass tapi tanam orkid tak pass pass lagi......Kena rajin membajalah lepas ni....kalau tak rugi je.....mesti kena menuntut ilmu cam mana nak kasi orkis saya boom pula macam roses saya...he...he...hee...


Dari dekat sikit....bagi saya nak jaga orkid ni susah sikit tapi saya sangat sukakan bunganya yang tahan lama. Boleh tahan 2 ke 3 bulan bunganya. Hai dah 6 bulan pokok tak besar besar jugak cam mana nak berbunga ni......kena letak lebih baja....

2 comments:

  1. Salam Kak Anne,

    Whoa dia tanam pokok orkid pulak.. tak sabar nak tengok bunganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam honey, he..he...cuba cuba tapi dah 6 bulan ni tak membesar jugak....tak tau bilalah nak keluar bunga.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...