Sunday, April 28, 2013

Roti Canai special........

Apa yang specialnya roti canai nikan. Nampak cam biasa je. Adik ipar suggest saya makan kat warung ni yang letaknya on the way to pasar besar Melaka dari Cheng sebelah kiri. Kiranya belah kanan ialah TESCO. Kalau nampak banyak kereta berderet tu lah dia tempatnya. Sebelah dia ada car wash so sambil sarapan kereta pi mandi jap. Warung ni tak persaan pulak macam tak da nama.


Roti canai ni kering tak berapa berminyak sangat. Sekeping roti canani kalorinya ialah 200 ya kalau makan dengan dhal jadi  359 kalori. Kalau tambah teh tarik 83 kalori. Banyakkan. Sekali sekala tak pa.


Ni yang special sebab roti canai tu di masak atas dapur arang dan penebar roti canai adalah seorang wanita. Yang tukang balik balikkan roti canai tu pula lelaki.


Nampak tu order berderet tapi kakak ni buat laju, cepat je dah siap. Service kat sini memang cepat.


Nasi lemak yang nampak sedap. Nasi best tapi sambal je kurang rasa sebab tak garing. Sepinggan nasi lemak ni kalori 644.


Antara yang menarik lontong dan putu mayam. Kuih muih pun banyak. Lauk pauk untuk nasi lemak pun banyak ada sambal kerang, rendang dan macam macam lagilah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...