Saturday, January 12, 2013

Mee Wantan....sedap...

 
Pertama kali makan mee wantan ni kat Bangsar. Em...sedap....sambil makan terfikir-fikir apa yg diletak. Sikit je meenya tapi harga RM6.00 sepinggan. Mahal tu. Lepas to goggle menggoggle so createlah resepi sendiri ikut citarasa.
 
 
 Mesti ada bawang goreng yang dibuat sendiri dan fishball baru sedap.
 
 
 Dimakan bersama sup.
 
 
Mee wantan ni kering, kita perlu merebusnya dahulu sehingga lembut.
 
 
MEE WANTAN
 
Bahan
2 keping mee wantan direbus , lalukan dengan air sejuk dan toskan
2 sudu besar minyak bijan
1 susu besar minyak zaitun
2 sudu besar kicap manis ABC
1sudu besar fish sos 
1 sudu besar MAGGI seasoning
1/2 sudu kecil lada sulah (tak letak pun tak pa)
sayur sawi pendek direbus dan toskan
 
Cara
- letak semua bahan (kecuali sayur)  dalam mangkuk dan kacau sebati. Masukkan wantan mee dan gaul rata sebati.
 
Sup
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil udang kering
2 mangkuk kecil air
fish ball/kek
cendawan shitake
 
Cara
-Tumis bahan yang dikisar /tumbuk(bawang putih + merah+udang kering).
-Masukkan air, medidih letak fish ball dan cendawan shitake.
-Letakkan garam, gula , secukup rasa.
 
Cara Hidangkan
-Letak mee wantan yang telah digaul sebati di atas pinggan. Susun sayur sawi diatasnya. Ambil cendawan dan fishball dari sup susun atas mee tadi.
-Letak daun bawang + cili padi.
-Tuangkan sup tadi tapi jangan banyak sangat.
-Last sekali taburkan bawang goreng.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...