Tuesday, January 22, 2013

Devil's Food Chocolate Cake

Namanya pun devil's choc cake, saya rasa yang membuatkan namanya cam tu ialah sebab kombinasi choc ganache + cream cheese tu. Kalau makan banyak boleh menggemukkan. Lama dah intai-intai resepi ni kat masam manis. Barulah ada masa nak buat.

The name Devi's choc cake, i think what makes the cakes name like that is because of the combinationa of choc ganache and cream cheee. If we eat  a lot we can put on weight. I always saw this recipe in masammanis blog, only now I got the chance to do it.


 Kek chocolate tu tak berapa naik sangatlah...
Well the chocolate cake doesnt seems to rise very well....



 Nak potong kek ni , pisau mesti direndamkan dalam air panas baru senang. Selepas potong rendam pisau dengan air panas dan bersihkan dengan tisu barulah cantik hasilnya bila dipotong. Pisau tu boleh juga dipanaskan atas api.
To  cut this cake , the knife must be put inside a hot water than cleans it with tissue than only easy to cut. You can also heat the knife on the stove fire.


Strawberi tu penambah seri.
The strawberries makes the cake look awesome...




DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Source: Azlita masam manis

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko
1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda(saya letak 1 sudu je)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan brown sugar
125g butter
2 biji telor gred A
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan buttermilk
1 cawan air suam
Cara
-Sediakan loyang 9" segiempat. Saya guna 8". Panaskan oven ikut kepanasan oven masing -masing.
-Pukul butter + gula sehingga kembang dan ringan. Masukkan telor sebiji demi sebiji. Letak esen vanilla.
-Ayakkan tepung + koko + bikarbonat soda. Masukkan adunan tepung tadi di selang selikan dengan buttermilk + air suam dalam 3 bahagian. Kaup balik adunan dan tuangkan dalam loyang.
-Bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak.
Bahan untuk Cream Cheese Frosting
125g cream cheese philadelphia
60g butter
1/2 cawan gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil paste lemon

Cara
-Pukul cream cheese dan butter sampai creamy, tambahkan gula aising + jus lemon + paste lemon.

Bahan untuk Ganache Coklat
100ml whipping cream
250g coklat gelap dicincang
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh esen vanilla

Cara
-Double boil cream jangan sampai mendidih, masukkan coklat kacau rata, masukkan  golden syrup + esen vanilla. Kacau sampai rata sebati.

Cara melapis Kek
-Ambil kek yang telah sejuk tadi.
-Sapukan cream cheese di atasnya. Boleh juga guna piping bag.
-Simpan dalam fridge selama 20-30 minit.
-Keluarkan dan boleh letak ganache coklat tadi.
-Masukkan semula kek ke dalam fridge untuk keraskan ganache.
-Keluar dan hias ikut kreativiti anda.

Cara memotong kek
Untuk senang memotong kek, pisau boleh dipanaskan atas api atau rendam dalam air panas dan kemudian dilap dnegna tisu.







2 comments:

  1. I bet it's delicious! it looks very appetizing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is delicious but cannot eat a lot, will put on weight. Just take a piece at one time only.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...