Tuesday, January 8, 2013

Cempedak Goreng

First time goreng cempedak ni. Al-maklumlah sebab tak suka dengan benda yang bergetah-getah ni. Kalau dibandingkan getah nangka dan cempedak, getah cempedak lebih susah nak dihilangkan. Puaslah saya lumurkan minyak masak namun masih susah nak hilang.

Ni favourite my daughter. Saya pun suka tapi tak boleh makan banyak sebab cempedak ni angin. Nanti perut saya senang sakit.


Cempedak yang dibeli di pasar tani dengan harga RM5.80 sebiji. Bila dikorek- korek dalam isinya memang banyak. Tapi sayang yang ni tak berapa  masak lagi, rasa masih ok lagi.

Kecil je cempedak ni. Bila dikorek dapat banyak jugalah cempedak ni.


Rasa cempedak goreng ni manis - manis buah.


Yang bestnya biji cempedak ni boleh dimakan. Sedap. Biji cempedak memang my favourite. Kalau biji nangka mesti nak rebus dulu baru boleh makan.


Lovely cempedak collage.

CEMPEDAK GORENG

Bahan
Cempedak
2 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 sudu besar marjerin/butter
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara
-Masukkan tepung beras + tepung gandum + air kacau sebati. Adunan mestilah tak terlalu cair dan terlalu pekat.
-Letak serbuk kunyit sebagai pewarna. Kacau rata dan masukkan marjerin. Kacau sebati .
-Panaskan kuali. Masukkan cempedak ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Senduk cempedak bersalut tepung dan goreng hingga kuning keemasan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...