Tuesday, December 4, 2012

Legoland oh Legoland Nusajaya, Johor

Akhirnya Legoland Nusajaya, Johor di buka. Ramailah yang berkunjung tak ketinggalan kami sekeluarga. Cuaca hari tu taklah panas sangat, mendung gitu memenag sesuai lah. Sampai kat Legoland pukul 11.30, fulamak kena beratur panjang tu nak buat annual pass. Barulah boleh masuk. Since duduk kat Johor so memang berbaloi buat annual pass sebab anytime boleh pergi. Annual pass ni valid selama setahun. Masuk legoland pukul 11.30 pagi , keluar dari legoland pukul 5.30 petang. Lamakan, hari tu cuaca memang sangat menyebelahi kami mendung dan nasib tak hujan. Kalu panas dah lama balik awal.


Memang ramai orang beratur nak beli ticket dan juga nak buat annual pass. Tempat beli ticket ni walaupun ada bumbung tapi bahang panas tetap ada. Kalau boleh pihak Legoland tolonglah pasang kipas kat kawasan ni. So untuk pengunjung yang akan datang ke sini tolonglah bawa kipas tangan dan topi untuk meredakan kepanasan. Kalau rajin bawa payung nanti lalau hujan senang. Kalau boleh jangan pergi masa cuti sabtu , ahad atau cuti am memang terlalu ramai orang. Sesak. Lagi satu harga makanan dan minuman dalam Legoland ni sangat mahal, satu botol coke yang sederhana besar harganya RM7.00, ice blended yang macam cool blog tu harganya RM10.00 so bawalah air mineral banyak banyak.

 
Taman mini Lego. Memang cantik. Bangunan yang tak siap di belakang tu ialah hotel. Tahun 2014 baru siap. Ada lagi satu taman tema air yang akan siap tahun depan 2013.


Ni pandangan dari atas. Naik , tak tahulah namanya apa , sama je macam Taming Sari kat Melaka tu. Pemandangan di bawah memang sangat cantik. Berwarna warni.


Ni semua dibuat daripada LEGO. Kids memang suka tempat ni sebab ada banyak games.


LEGO lagi.


Permainan yang ada di LEGOLAND. Yang warna grey tu bangunan untuk naik roller coaster dragon yang besar. Belah kanan sekali , zirafah tu dibuat daripada LEGO.


Yang atas tu permainan boat yang akan menjunam ke dalam air. Basah nanti. Que panjang sangat, kalau beratur 1 jam belum tentu dapat naik so jalan jalan cari game yang tak ramai orang. Fire rescue tu sesuai untuk satu family. Belah kanan Pharaoh revenge tempat kanak-kanak main.



Lagi binaan LEGO di taman mini.


Games yang ada kat sini. Dah bayar mahal so semua games mesti nak main. Ada banyak games kat sini tapi tak sempat naik sebab que yang terlalu panjang. Ada 4D teater, ada driving school for kids, Project X, dragon roller coaster, playground for kids dan macam macam lagilah sebab tu duduk seharian kat sini pun tak terasa.


Ni biasalah kat souvenior shop tapi item yang dijual sangat sangat mahal. Bayangkan key chain 1 blok lego yang kecil seperti sebelah kiri tu harganya RM12.00, key chain lego bentuk objek harganya RM20 ++, T-Shirt RM69++. Banyak jenis LEGO dijual kat sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...